Tuesday 30 August 2016

 Kesimpulan komposisi etnik di malaysia

Sejarah awal penduduk tanah melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk asal negara ini iaitu orang asli yang dikenali sebagai Melayu Proto. Kehadiran kaum-kaum lain seperti etnik cina dan india pula telah banyak mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat tanah melayu. Pembentukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat dikesan sejak awal tahun masihi menerusi kegiatan perdagangan. Ekoran dasar pecah dan perintah yang dialaksanakan oleh pihak penjajajah dan dasar tidak mengalakkan pencapuran antara kaum,telah tercetus masalah perkauman dalam nrgara.kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969,misalnya merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum,terutamanya akibat daripada tiadanya persefahaman,tolak ansur dan kasih sayang.Bagi merealisasikan integrasi nasional dan pembetukan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar dariada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut. 



pengajaran

1. Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua     pihak saling melengkapi dan menjamin kelangsunagnya demi           meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah             masyarakat majmuk.

2. Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan               kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk         memastikan kesepaduan sosial yang ada dapat dikekalkan.
3. semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali antara satu sama lain .
4.setiap kaum mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unit .Justeru ,mana-mana nilai yang positif daripada budaya lain seperti budaya bekerja dan budaya perniagaan orang cina boleh dikongsi bersama kaum yang lain untuk berjaya 
5.Dalam sebuah negara yang berbilang kaum,setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara.Justeru setiap kaum perlu saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum yg lain-lain.
6.Hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara    ini telah menjadikan negara ini unik.Keunikkan ini perlu               dipelihara untuk tatapan generasi yang akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.


sumber rujukan

1. Kamaruzzaman ismail (2012). Pengajian Malaysia, Selangor:             Oxford Fajar Snd.Bhd.
2. Mardiana Nordin dan Hasnah hussiin (2014). pengajian malaysia       edisi kelima, Selngor:Oxford Fajar Sdn.Bhd
3. Shamsul Amri Baharuddin (2012). modul hubungan etnik,                 selangor: institut kajian Etnik, universiti Kebangsaan Malaysia
4. Buku Pengajian Malayia siri Politeknik. oxford Fajar snd.Bhd

No comments:

Post a Comment