Saturday, 17 September 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog kami...
semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda.


1. NUR FARHANA BT MOHD RIZAL
2. NUR NAJEEHAH AQILAH BT WADIN
3.KHAIRUL ANWAR BIN DARANI
4. NUR SYATIRAH BT ZURAIMI


Friday, 16 September 2016

KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA

PENGENALAN 

Hubungan etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu menwujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Persaingan dan konflik antara etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa. 

                          Image result for komposisi etnik di malaysia


KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA

Penduduk Malaysia terdiri daripada etnik Melayu,Cina, dan India. Etnik Melayu merupakan penduduk asal dan menjadi kumpulan terbesar di Malaysia




Image result for komposisi etnik di malaysia




Etnik Melayu

  • Berasal daripada berbagai bagai keturunan iaitu Melayu Proto,Melayu Purba atau Melayu Asli,Melayu Deutero (Melayu Lama) dan Melayu Moden yang datang dari Timur Tengah ,India,Cina dan Eropah.
  • Orang Melayu Proto  ialah sekumpulan masyarakat yang berhijarah dari Yunan,Taiwan dan tempat-tempat jauh.
  • Orang Melayu proto ini talah berkembang sehngga membentuk suku kaum semang senoi,Temiang,Jakun,Orang Laut dan orang sungai.
  • Ciri fizikal mereka ialah berbadan pendek,berkulit gelap, dan berambut kerinting.
  • Orang Melayu Deutero atau orang Melayu Lama merujuk keturunan melayu  yang mendiami kawasan Lembah Mekong dan vietnam pada masa lampau iaitu Melayu Funan dan Champa.
  • Orang Melayu Moden merupakan masyarakat  bercampur dan berkahwin antara Melayu Proto dengan Melayu Deutero dan kumpulan yang datang dari Timur Tengah,Indah,Cina dan Eropah.

Image result for etnik melayu  

Anatar pakaian warisan orang melayu

Image result for etnik melayu  
antara makanan orang melayu

Image result for etnik melayu
antara perayaan orang melayu

       

Etnik Cina 

  • Etnik Cina merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik Melayu dan Bumiputera .
  • Berhijrah ke semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19.
  • Etnik Cina ini amat patuh kepada pembesar-pembesar melayu.
  • Perang saudara kerap berlaku dan pergaduhan di kawasan perlombongan menjadi kucar-kacir.
  • British terpaksa campur tangan dan mengalakkan lebih ramai lagi Etnik Cina datang ke negeri-negeri Melayu.

                         Image result for etnik cina di malaysia
                              antara pemakaian tradisi orang cina


                      Image result for etnik cina di malaysia
                      
                                    antara perayaan kaum cina

                        Image result for etnik cina di malaysia    
          
                         antara makanan tradiasional masyarakat cina         



ETNIK INDIA

  • Etnik India pula ialah etnik ketiga terbesar di Malaysia.
  • Etnik India masuk ke semenanjung Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu,Indonesia dan sebagai buruh ladang .
  • Mereka digunakan untuk membina bangunan ,jalan raya dan jambatan.
  • Etnik India lebih ramai bekerja di ladang tebu ,kopi ,dan teh kepunyaan orang eropah 
  • Pihak British juga membawa masuk orang ceylon (SRI LANGKA)untuk berkhidmat sebagai kerani ,pmbantu hospital dan kaki tangan perkhidmatan kereta api 
  • Bagi suku malayaliee yang berpendidikan mereka diambil untuk mengawal selia,ladang-ladang atau estet-estet kepunyaan inggeris 
  • Terdapat masyarakat punjabi yang datang ke semenanjung tanah melayu sebagai anggota polis dan memberi khidmat pengangkutan iaitu kereta lembu ,sebagai pengangkutan utama yang menghubungkan kawasan perlombongan dengan pengkalan-pengkalan di sepanjang sungai.


                               Image result for etnik cina di malaysia
                                 antara perayaan perayaan kaum india

                        Image result for etnik india
                       
                                       antara pakaian orang india
           
                    Image result for etnik cina di malaysia

                                          antara makanana orang india

Image result for peta ringkas pengajian malaysia etnik india

ETNIK MINORITI

  • Etnik minoriti ialah orang asli yang pertama yang menetap di semenanjung tanah melayu pada kira-kira 1000 TM 
  • Penduduk yang terawal di negara ini ialah orang asli di semenanjung tanah melayu orang punan di sarawak serta orang rungus di sabah .
  • Etnik serani   ialah masyarakat portugis dan belanda yang berkahwin dengan orang melayu  pada zaman kesultan melayu melaka 
  • Etnik ini mempunyai kebudayaaan tersendiri dan asal usul yang unik serta menarik 
  • Komposisi etnik sarawak terbahagi kepada dua kumpulan. kumpulan pertama penduduk persisisran yang terdiri daripada orang melayu dan malanau. kaum pribumi sarawak juga mendiami kawasan persisiran tersebut.
  • Kumpulan kedua ialah penduduk pendalaman terdiri daripada kum iban, bidayuh, murut, penan, kenyan, dan kelabit.
  • Mereka menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya padi huma dan pertanian pindah.
  • Penempatan etnik sabah bermula di tepi-tepi pantai dan lembah-lembah sungai utama.
  • Masyarakat sabah terdiri daripada 23 etnik.
  • Antara etinik sabab ialah Kadazan, Bajau, Dusun, Murut, Lotud Dayuh dan sebagainya.
  • Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada bentuk muka bumi dan kawasan penempatan yang mereka diami.
  • Penduduk persisiran pantai terdiri daripada suku Bajau,Suluk dan Brunei. Mereka menjalankan aktiviti menagkap ikan serta memungut hasil laut dan hasil hutan.
  • Bagi Etnik Murut, kegiatan ekonomi mereka ialah menanam padi bukit ( padi huma), memburu binatang dan memungut hasil hutan.
  • Kadar pertambahan imigran Cina di Sabah melebihi kadar penduduk bumiputera.



Image result for etnik minoriti di malaysia


antara pakaian masyarakat minoriti